Prosedur-Prosedur Sebelum Keberangkatan

Perkara- perkara penting yang harus dilakukan oleh pelajar-pelajar tahun satu yang ingin memohon masuk ke Universiti Al-Azhar.

1. Periksa Syahadah, Kasyfunnatijah dan Husnussirah

  • Pastikan semua nama dieja dengan betul.
  • Pastikan nama yang dieja sama dalam setiap dokumen, terutama sekali dalam paspot.
  • Pastikan semua tarikh lahir, nombor sijil dan nombor kad pengenalan adalah tepat.
  • Pastikan tiada huruf jawi atau huruf yang tertinggal.
  • Tarikh setiap dokumen mestilah sama/seiringan dengan dokumen- dokumen yang lain. (contoh: tarikh keluar syahadah)
  • Buat empat salinan bagi Kasyfunnatijah dan satu salinan bagi Syahadah dan Husnussirah.
  • Syahadah, Kasyfunnatijah dan Husnussirah mestilah dalam bentuk asli tanpa lamination.

2. Memohon untuk ekstrak sijil kelahiran.

  • Digalakkan supaya dilakukan secepat mungkin.
  • Permohonan boleh dilakukan di bangunan Immigration and Checkpoints Authority (ICA), terletak bersebelahan stesen MRT Lavender.
  • Sijil kelahiran asli diperlukan semasa permohonan.
  • Pastikan tiada kesilapan dalam sijil ekstrak.
  • Jangan di laminate sijil kelahiran yang telah di ekstrak.
  • Buat dua salinan

3. Memohon untuk visa:

  • Kedutaan Mesir di Singapura

No 8 Eu Tong Sen Street

Level 25 (units 82/83/84/85) The Central

Singapore 059818

Telephone : 62255503

Fax : 62258182

E-mail : admin@egyptemb-sin.org

Office Hours : Mon – Fri (9am -4pm)

Consular Office: (For Public)

Mon – Fri

10.00 am – 12 noon (for application)

3.00 pm – 4.00 pm (for collection)

  • Dokumen-dokumen penting yang perlu dibawa ketika permohonan:

a.  Paspot yang memiliki tarikh kesahihan selama enam bulan.

b.  Satu gambar berukuran paspot.

c.  Surat “Letter of No Objection” daripada MUIS. (Perhatian: pelajar harus menghadiri program pre- departure untuk mendapatkan surat ini)

d. Paspot

  • Pastikan paspot anda sah sepanjang keberadaan anda di Mesir, sekurang- kurangnya hingga Julai 2012
  • Jika anda telah memperbaharui paspot anda, harap dapat dibawa bersama paspot yang lama.
  • Buat lima salinan bagi setiap muka surat yang terdapat cop, gambar, dan lain-lain keterangan penting.

5. Memohon untuk exit permit dari CMPB

  • Pelajar lelaki harus meminta exit permit dari CMPB sebeum meninggalkan Singapura.
  • Digalakkan supaya dilakukan secepat mungkin.
  • Deferment pula akan dilakukan setelah selesai pendaftaran di universiti.

6. Tempahan tiket & tarikh keberangkatan

  • Pelajar harus memubat tempahan sendiri, sila rujuk kepada agen-agen pelancongan seperti TM Fouzy Travel & Tours, Syahidah Travel & Tours etc.
  • Tarikh keberangkatan pada tahun ini bergantung kepada tarikh pembukaan untuk para pemohon untuk membuat permohonan untuk memasuki universiti.
  • Buat masa ini, tarikh tersebut belum lagi ditetapkan oleh pihak universiti, sila hubungi PERKEMAS untuk informasi selanjutnya.

7. Pemvaksinan dan pemeriksaan kesihatan

  • Tidak wajib
  • Digalakkan untuk mengambil pemvaksinan bagi selsema, Hep A dan Hep B.

8. Tasdiq (Surat Pengesahan)

  • Tasdiq pertama akan diberikan oleh PERKEMAS secara percuma. Bagi sesiapa
  • yang memohon salinan tasdiq yang kedua dan seterusnya akan dikenakan bayaran sebanyak S$5.

9. Sediakan sekurang- kurangnya 15 keping gambar berukuran paspot.

*   Dokumen-dokumen haruslah diberikan kepada Madrasah Aljunied Al Islamiah memandangkan untuk tahun ini (2011) Madrasah Aljunied Al Islamiah adalah wakil rasmi bagi PERKEMAS di Singapura.

Tarikh- tarikh penting

  • Sesi taklimat di Singapura: selewat-lewatnya minggu ketiga bulan Julai 2011
  • Tarikh Keberangkatan dijangkakan pada awal akhir Julai/ awal Ogos 2011*

*Kesemua tarikh adalah tertakluk pada perubahan.

Para Pelajar yang ingin menyambung pelajaran mereka ke Universiti Al- Azhar sesi 2011/2012 harus memberi nama mereka kepada ketua orientasi di Singapura selewat- lewatnya pada 1hb Julai 2011.

Tiada nama yang akan diterima selepas tarikh tersebut.

Barang- barang yang perlu dibawa

1. Duit

  • Sediakan US$200 untuk pendaftran kemasukan Al-Azhar dan minggu orientasi, dan wang perbelanjaan sendiri.
  • Kad kredit/debit yang terdapat Cirrus atau Maestro (Visa atau Mastercard lebih digalakkan)
  • Duit US atau EURO (tidak wajib)
  • Anggaran pembelanjaan bulanan ialah SGD$400 – $450.

2. Pakaian

  • Baju sejuk & Long John
  • Jaket/sweater
  • Sarung tangan (tidak wajib)
  • Chemical warmer (tidak wajib)
  • Pakaian formal
  • Kot (tidak wajib)
  • Baju lengan panjang dan seluar kasual untuk lelaki
  • Jubah untuk wanita
  • Baju kurung
  • Pakaian harian yang bersesuaian

Wanita: seluar yang ketat, seluar yang pendek, jeans dan pakaian jarang dilarang sama sekali di luar rumah.

3. Perubatan Peribadi (jika diperlukan)

4. Makanan (tidak wajib)

  • Makanan segera (contoh: mi Maggi, tepung cucur, perencah nasi goreng)
  • Makanan dalam tin (yang tidak terlalu berat)
  • Ikan bilis & udang kering
  • Belacan & asam
  • Lada kering, halia & serai
  • Buah pelaga, kayu manis, bunga lawang
  • Keropok
  • Serbuk kari, serbuk cili.
  • Sos cili & kicap
  • Milo, Ovaltine & Horlicks

5. Alat- alat tulis peribadi (tidak wajib)

Diharap dapat meyediakan satu bag khas berisi baju dan barangan peribadi untuk minggu orientasi selama dua minggu (berlainan dengan bagasi utama).

Pastikan cecair dan barang tajam diletakkan di dalam beg yang akan dikargo. Jangan letak barang- barang ini di dalam beg hand-carry.

Barang- barang yang boleh didapati/dibeli di Mesir

Pelajar tidak digalakkan untuk membawa barang- barang berikut kerana ianya boleh didapati di Mesir.

1. Barangan dandanan diri (toiletries)

  • Syampu (contoh: Head & Shoulders, Pantene, Loreal, Lux, dsb.)
  • Berus gigi dan ubat gigi
  • Sabun badan dan sabun cuci baju
  • Alat pencukur (mahal)
  • Sabun pencuci muka (mahal)
  • Krim pelembab dan losyen

2. Perubatan Umum

  • Panadol
  • Pil Charcoal
  • Ubat batuk
  • Alat First Aid
  • Vitamin

3. Perkakas dapur

  • Sudu & garpu
  • Penyepit makanan
  • Kuali untuk menggoreng
  • Periuk
  • Alat pemasak nasi dan ketuhar oven

4. Pakaian musim sejuk/biasa (besar dan berat)

  • Sweater
  • Kot
  • Long John
  • Sarung tangan
  • Stokin tebal
  • Kasut

5. Makanan

  • Makanan harian contoh: nasi, mee, sayur, dsb.
  • Daging & ayam
  • Ikan (mahal)
  • Makanan dalam tin, contoh: tuna, baked beans, cendawan, susu manis.

6. Lain- Lain

  • Alat tulis
  • Barangan elektronik (mahal)
  • Beg
  • Cecair pencuci kanta lensa (mahal)
This site is protected by perkemas.org